Catatan

One Last Time (Prolog)

TANYALAH   pada setiap insan di atas muka bumi ini, siapa saja yang tidak mahu bahagia? Bahagia itu perasaan yang sangat indah. Rasa yang sangat disenangi oleh semua insan yang bernyawa. Kau, aku dan semua orang lain. Namun... Bahagia itu bukanlah sekelip mata mampu dimiliki bak bulan jatuh ke riba. Mustahil sekali. Untuk seseorang jejaki puncak bahagia, percayalah hatinya pernah direnjam dan hancur. Berpuluh-puluh kali hinggakan tidak terbilang rasa pedih yang menghunus sekeping sukma manusia. Air mata menjadi saksi segala kepedihan yang dilalui. Hati menjadi tempat yang menyimpan segala perasaan yang tak diingini. Dilepaskan sekali, berjuta kali ia kembali dengan pelbagai dugaan yang lain. Disimpan, kelak ia membunuh hati ini semula. Kekuatan. Dialah yang dicari. Untuk terus mengatur langkah hatta setapak, diri manusia perlukan kekuatan itu. Yang datangnya dalam pelbagai rupa. Diri sendiri. Keluarga. Sahabat. Material. Rohani. Kekuatan bagi setiap orang itu berbeza. Kerana mungki...
Catatan terbaharu